comscore
Tumpuan :
Nasional

Syed Saddiq suruh kita hapuskan sejarah bangsa dan agama kita – Tun M

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan idea negara kepelbagaian kaum yang cuba diketengahkan oleh Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman boleh menghakis identiti bangsa Melayu.

Tambahnya, hanya Ahli Parlimen Muar itu saja yang ‘okay’ dengan idea berkenaan tetapi bukannya orang Melayu lain.

“Sementara Sultan Kedah pun memperingati kita supaya jangan lupa sejarah, Syed Saddiq suruh kita hapuskan sejarah bangsa dan agama kita,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau hari ini.

Tambahnya lagi, penerimaan negara kepelbagaian kaum akan turut memberi kesan kepada definisi Melayu seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia.

Syed Saddiq sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan membidas apa yang diperkatakan oleh Dr Mahathir.

Dr Mahathir sebelum ini pernah mengatakan bahawa mempromosikan negara berbilang bangsa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menekankan prinsip ‘kemelayuan Malaysia’.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, tidak pernah terjadi dalam sejarah, kaum imigran menuntut negara supaya memberikan hak kerakyatan kepada mereka untuk membuang status quo.

Loading...
Terkini