comscore
Tumpuan :
Nasional

Hujan lebat di Kedah, Terengganu sehingga jam 4 petang

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang diramal di tujuh negeri termasuk dua negeri terbabit dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu Kedah dan Terengganu, sehingga jam 4 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan, di Kedah, keadaan cuaca itu diramal di Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala Terengganu membabitkan kawasan Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

Katanya, di Perak pula membabitkan kawasan Kerian dan Larut serta Matang dan Selama.

“Selain seluruh Perlis, cuaca sama turut diramal di Pahang (Bentong dan Bera) serta Johor membabitkan kawasan Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang juga diramal di Pantai Barat (Ranau), Tawau dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan, di Sabah,” katanya dalam kenyataan.

METMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya

Orang awam boleh merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Loading...
Terkini