comscore
Tumpuan :
Politik

Jangan ‘koyak’ apabila berpolitik 

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud mengingatkan pihak lawan iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak mudah koyak apabila berpolitik.

Katanya kenyataan beliau ketika menyampaikan kuliah pada Jumaat lalu tidak bermaksud dua Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN di Kelantan itu menentang Islam hanya perjuangan Islam yang mempunyai maksud berbeza.

“Dia minta maaf kalau kenyataan kita tu salah adakah orang minta maaf kalau benda tu tak salah, saya sebut perjuangan Islam saya tak sebut lawan Islam boleh check ucapan tu jelas dan nyata.

“Dia lain perjuangan Islam dan Islam tu lain tu dua benda berbeza jadi jangan pusing katakan mereka tu menentang Islam tu lain tidak dua benda berbeza saya pun cakap melayu Kelantan.

“Pemuda Umno buat laporan polis…tak ada masalah kita negara demokrasi tapi kalau buat kenyataan macam macam sedangkan kenyataan jelas napa mudah koyak jangan mudah dalam politik tak boleh mudah koyak, jangan mudah koyak,” katanya selepas mengulas tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas dan Kota Lama yang menuntut beliau meminta maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari bermula Ahad.

Ia susulan kenyataan Mohd Nassuruddin yang melabelkan kedua-dua wakil rakyat itu melawan perjuangan Islam semasa menyampaikan kuliah di Medan Ilmu di Kota Bharu pada Jumaat lalu.

Katanya kalau hendak terlibat dalam politik jangan mudah koyak.

Mengenai tindakan undang-undang (PH-BN), katanya pihaknya akan lihat dulu surat atau notis peguam jika dihantar.

Setakat ini, katanya beliau belum terima sebarang notis.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa ribut di Masjid Al-Fattah, Mukim Kota di sini hari ini.

Loading...
Terkini