comscore
Tumpuan :
Politik

‘Reformasi UMNO’, KJ desak Zahid berundur

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Umno Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin turut mendesak Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengambil tanggungjawab atas kekalahan Barisan Nasional dalam PRU-15 dan meletak jawatan.

“Apabila kalah dalam peperangan, Panglima besar mesti ada maruah untuk mengambil tanggungjawab. Lebih2 lagi bila strategi perang diatur oleh Panglima besar telah sebabkan ramai soldadu di medan tersungkur.

“Presiden mesti undur. Sekarang. Reformasi Umno tidak boleh ditangguh lagi,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Khairy adalah penyandang Parlimen Rembau untuk tiga penggal sebelum ditempatkan di kerusi Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang menyaksikan pertembungan tujuh penjuru.

Bagaimanapun, beliau tewas kepada Datuk R.Ramanan yang berjaya mempertahankan kerusi Pakatan Harapan (PH) di Sungai Buloh.

R. Ramanan menang di kerusi itu dengan 50,943 undi, manakala Khairy (48,250 undi) menjadikan majoriti 2,693 undi.

Pada PRU-14, kerusi Parlimen Sungai Buloh dimenangi oleh R.Sivarasa daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 26,634.

Loading...
Terkini