comscore
Tumpuan :
Politik

‘Mereka ini mahu ranapkan UMNO. Bolehlah politik mereka terus hidup’ – dakwa Puad

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mendakwa bekas ahli parti itu sengaja mahu melihat UMNO kalah teruk pada Pilihan Raya Negeri, (PRN) tidak lama lagi .

Katanya, mereka mahu UMNO “musnah” supaya mudah bagi mereka kembali menguasai parti itu.

“Kluster ini tidak berani tubuh parti baharu. Mereka tumpang rumah orang lain. Mereka ini mahu ranapkan UMNO. Bolehlah politik mereka terus hidup.

“Mereka hanya mahu UMNO kalah teruk enam PRN. Mereka hanya mahu Zahid Hamidi (Presiden UMNO) lemah. Senang mereka masuk balik dan menguasai UMNO.

“UMNO ada kluster gantung dan pecat. Mereka makin lantang menghentam UMNO,” katanya di Facebook.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mendakwa parti itu akan “bungkus” pada PRN di enam negeri.

Khairy mengulas kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum itu yang membidas “jemputan sinis” Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kepada ahli yang dipecat dan digantung untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023.

Hishammuddin berkata, tindakan sebegitu “tidak membantu langsung usaha memulihkan kedudukan parti dalam memenangi hati ahli-ahli di akar umbi”, kerana mereka mahukan “UMNO yang asal”.

Terdahulu, Zahid dilapor berkata, bekas ahli UMNO yang merindui PAU boleh hadir menjadi pemerhati di luar Dewan Merdeka, manakala Asyraf berkata, mereka boleh menghadiri PAU yang bermula hari ini hingga 10 Jun.

Loading...
Terkini