comscore
Tumpuan :
Politik

Notis kekosongan kerusi DUN Nenggiri belum diterima – SPR

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Malaysia, Dr Azmi Sharom.- Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat sejurus menerima surat rasmi daripada Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berhubung pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang diumumkan, hari ini.

Timbalan Pengerusinya, Dr Azmi Sharom berkata, bagaimanapun pihaknya masih belum menerima surat rasmi berkenaan daripada Speaker DUN Kelantan.

“Apabila SPR menerima surat berkenaan, kami akan bermesyuarat bagi menentukan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) di Nenggeri,” katanya hari ini.

Terdahulu, Mohd Amar pada sidang media di pejabatnya, mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan berkuatkuasa hari ini.

Keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim pada 13 Jun dan BERSATU pada 12 Jun lalu, yang memaklumkan hilang keahlian BERSATU dan seterusnya berlaku kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.

“Maka dengan ini saya mengisytihar menurut Fasal 1 Perkara 31A bahawa berlaku kekosongan luar jangka kerusi DUN Nenggiri diwakili Mohd Azizi.

“Maka dengan ini menurut Fasal 4(4) Perkara 31A, kekosongan kerusi perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh SPR menerima notis kekosongan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini