comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] PASCA PRU-15: PN, BN bincang dua jam pembentukan kerajaan

 

KUALA LUMPUR: Pertemuan antara pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Hotel St Regis di sini, dipercayai berhubung isu pembentukan kerajaan berlangsung selama kira-kira dua jam.

Mesyuarat bermula pada jam 3 petang itu antaranya dihadiri Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan; Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan dan Timbalan Presiden, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup.

PN pula diwakili Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Pengerusi, yang juga Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Selain itu, Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Naib Presiden BERSATU, Datuk Dr Radzi Jidin dan Datuk Seri Ronald Kiandee serta Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Bagaimanapun, hasil pertemuan itu tidak diketahui kerana semua pemimpin kedua-dua gabungan itu menggunakan laluan keluar di bahagian belakang hotel bagi mengelak bertemu wakil media.

Berita lanjut menyusul

Loading...
Terkini