comscore
Tumpuan :
Politik

PRK Kemaman: PN jangan terlalu yakin – Tuan Ibrahim Tuan Man

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hadir pada Himpunan Munajat Pertahan Enakmen Syariah dan Solidariti Untuk Palestin Peringkat Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi. -Foto: NSTP

KOTA BHARU: Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan Perikatan Nasional (PN) jangan terlalu yakin walaupun berpendapat calon parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar Terengganu mempunyai kelebihan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman.

PRK Parlimen Kemaman pada 2 Disember depan menyaksikan saingan satu lawan satu antara BN dan PAS.

BN mempertaruhkan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

 

“Kita mengangkat calon daripada Menteri Besar ini bukan saja-saja sebaliknya ia satu keperluan kerana kita mahu membawa agenda negeri ke peringkat pusat secara terus.

“Walaupun kita mempunyai kelebihan, saya mengingatkan jentera Perikatan Nasional (PN) supaya tidak ‘over confident’, sebaliknya perlu bekerja keras bagi memastikan kemenangan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman adalah milik kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Himpunan Munajat Pertahan Enakmen Syariah dan Solidariti Untuk Palestin Peringkat Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, setakat ini maklum balas dan jentera sangat aktif selain kerjasama antara parti komponen PN juga sudah turun ke lapangan.

“Kita juga perlu pastikan peratusan keluar mengundi dapat dipertingkatkan,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini