comscore
Tumpuan :
Politik

PASCA PRU-15: PN terima SD seorang lagi Ahli Parlimen sokong Muhyiddin PM

PETALING JAYA: Parti Perikatan Nasional (PN) menerima satu lagi Surat Akuan Berkanun daripada seorang lagi Ahli Dewan Rakyat yang menyatakan kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataannya memberitahu Surat Akuan Berkanun itu telah dihantar ke Istana Negara pagi ini.

Semalam, Hamzah memberitahu PN sudah mengemukakan lebih 112 Surat Akuan Berkanun daripada Ahli Parlimen yang memberikan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin kepada Istana Negara.

Katanya, jumlah surat akuan yang dihantar adalah melebihi 112 iaitu jumlah kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Loading...
Terkini