comscore
Tumpuan :
Nasional

Pejuang kecewa PN tolak permohonan

 

Oleh Aslina Abu Bakar

PETALING JAYA: Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) kecewa permohonan parti itu untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) ditolak.

Setiausaha Agung Pejuang Datuk Amiruddin Hamzah berkata, iltizam dan matlamat untuk tidak memecahkan undi orang-orang Melayu tidak disambut oleh pimpinan PN.

“Pejuang dimaklumkan bahawa semalam Majlis Tertinggi Perikatan Nasional telah bermesyuarat untuk antara lainnya membincangkan permohonan Pejuang menyertai gabungan Perikatan Nasional.

“Pejuang telah dimaklumkan bahawa permohonan ini telah ditolak.” katanya dalam kenyataan.

Beliau bagaimanapun berkata, keputusan itu tidak akan menggugat matlamat Pejuang untuk terus relevan dalam politik tanah air.

Parti yang dipimpin oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu akan membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya di enam negeri.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini mengumumkan parti tersebut menolak permohonan Pejuang untuk menjadi komponen PN.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi.

Loading...
Terkini