comscore
Tumpuan :
Nasional

Pembekuan Akaun BERSATU: Tidak perlu guna alasan agama dan kaum – PM

Foto: Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di sidang media di Ibu Pejabat PKR di Tropicana di sini, hari ini.

Oleh Ain Shafiqah Zaki

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa parti politik tidak perlu menggunakan alasan agama dan kaum bagi mempertikai usaha pembanterasan rasuah.

Beliau juga mahu parti politik berhenti menyalahguna kuasa kerana negara di ambang kerosakan akibat keterlanjuran rasuah.

Jelasnya, pembekuan parti politik bukanlah perkara baru dan pembekuan akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu adalah kerana ianya melibatkan jumlah yang besar dan ketelusan kerajaan di bawah pimpinan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jelasnya, pembekuan parti politik bukan perkara baru dan ulasnya pembekuan akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kerana ianya melibatkan jumlah yang besar dan ketelusan kerajaan di bawah pimpinan beliau.

Tambah beliau, mana mana agama khususnya agama Islam menolak sekeras-kerasnya budaya rasuah.

Perdana Menteri juga menyeru supaya semua pihak memberi kerjasama untuk memberi ruang pada bahagian penguatkuasaan untuk melakukan tugas mereka.

Beliau berkata demikian semasa sidang media di Ibu Pejabat PKR di Tropicana di sini, hari ini.

Turut dihadiri oleh, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan mengesahkan SPRM sudah membekukan akaun BERSATU.

Azam berkata, akaun milik BERSATU dibekukan untuk membantu siasatan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

Loading...
Terkini