comscore
Tumpuan :
Nasional

PEMILIHAN UMNO: Puad Zarkashi kalah Ketua Bahagian Batu Pahat

Penyandang Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi (kanan) tewas kepada pencabar yang juga timbalannya, Zaidi Japar.


JOHOR BAHRU: Penyandang Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, tewas kepada pencabar yang juga timbalannya, Zaidi Japar dengan perbezaan 99 undi dalam saingan tiga penjuru jawatan itu, semalam.

Mohd Puad yang juga ADUN Rengit dan Speaker DUN Johor meraih 302 undi, berbanding Zaidi yang mendapat 401 undi.

Seorang lagi pencabar, Johari Abd Razak, pula hanya memperoleh enam undi.

Keputusan pemilihan UMNO Bahagian Batu Pahat itu adalah yang terakhir diumumkan petang ini, daripada 26 bahagian parti itu di Johor.

Loading...
Terkini