comscore
Tumpuan :
Politik

PN Setuju Calonkan Ismail Sabri Sebagai PM Baharu

Parti Perikatan Nasional (PN) secara sebulat suara telah bersetuju calonkan mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menjadi Perdana Menteri Kerajaan Perikatan Nasional  yang baharu.

Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, seramai 50 Ahli Dewan Rakyat daripada BERSATU, PAS dan STAR telah menyerahkan akuan bersumpah ke Istana Negara semalam (18 Ogos 2021) memberi sokongan kepada Ismail Sabri.

Seramai empat orang ahli Dewan Rakyat bebas pro-PN juga telah memberi sokongan, kata beliau.

“Saya juga telah berunding dengan pimpinan parti GPS dan PBS yang membentuk Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini untuk mengambil ketetapan yang sama.

“Keputusan ini dibuat untuk menjamin kesinambungan dasar-dasar Kerajaan PN yang sedang menumpukan usaha memerangi C OVID-19 dan memulihkan negara sehingga tiba masa yang sesuai untuk diadakan Pilihanraya umum bagi mengembalikan mandat kepada rakyat,” katanya.

Jelas beliau, keputusan ini menunjukkan PN mengutamakan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat berbanding politik dendam dalam persaingan merebut kuasa.

Tambahnya, sokongan itu juga dilakukan secara bersyarat demi membentuk kerajaan yang berintegriti.

“Selaras dengan prinsip PN untuk mempertahankan kerajaan yang berintegriti, suka saya menegaskan bahawa sokongan PN kepada YB Datuk Seri Ismail Sabri yang juga merupakan Naib Presiden UMNO adalah bersyarat.

Sekiranya dilantik sebagai PM oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, beliau hendaklah memastikan Ahli Jemaah Menteri yang bakal dilantik nanti adalah terdiri daripada mereka yang berintegriti, beramanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah.

Loading...
Terkini