comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] PRK Kemaman: Calon BN terus gigih dekati pengundi

 

KEMAMAN: Kurang 32 jam tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman berakhir, calon Barisan Nasional  BN Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor  terus menjelajah seluruh pelusuk parlimen terbabit mendekati pengundi.

Semangat kepewiraan sebagai bekas panglima angkatan tentera itu terus kental memenangi hati penduduk Kemaman dalam misinya membawa perubahan di parlimen terbabit.

Beliau siang tadi menyertai program santai bersama pengundi muda di Kijal.

Walaupun hampir dua minggu berkempen namun, bekas panglima ATM itu terus bertenaga.

Malah janji Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi, jika beliau memenangi kerusi Kemaman, ada jawatan khas disediakan kerajaan kepada Tan Sri Raja Mohamed.

Calon BN ini juga menyifatkan tawaran itu sebagai tanggungjawab besar  kepada beliau selain sebagai penghubung antara penduduk Kemaman dan kerajaan pusat.

“Saya menyerulah kepada pengundi pengundi di Kemaman ini  menggunakan ruang yang ada sebaiknya  dan memberi peluang yang baik dan pakej yang ditawar oleh Barisan Nasional adalah pakej yang baik dan  pengundii mengundi saya  calon no 1”, katanya.

Beliau merakam terima kasih kepada Perdana Menteri  kerana memberi kepercayaan itu.

PRK di ditetapkan Sabtu ini membabitkan lebih 141 ribu pengundi dan  diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan calon Pas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kerana wujud unsur rasuah.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini