comscore
Tumpuan :
Politik

PRN 2023: ‘Kita sudah ada nama calon MB Kelantan’ – Zahid  

TANAH MERAH: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan beliau sudah menerima beberapa nama calon Menteri Besar Kelantan dan akan diumumkan sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu, Sabtu ini.

Katanya, ia membabitkan beberapa nama yang diberikan oleh Badan Perhubungan UMNO Kelantan kepada beliau.

“Kita akan umum bila kita menang nanti. Pelantikan Menteri Besar tertakluk kepada titah Sultan Kelantan dan kita tidak boleh melangkauinya,” katanya selepas merasmikan Hari Potensi KEMAS dan Program Desa Cerdas, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Pengerusi KESEDAR, Datuk Zawawi Othman.

Loading...
Terkini