comscore
Tumpuan :
Politik

PRN 2023: PAS pastikan Annuar tidak bertembung anak

Mursyidul Am, Datuk Hashim Jasin

KOTA BHARU: Tan Sri Annuar Musa tidak akan diletakkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk bertembung dengan anaknya jika dicalonkan mewakili PAS, menurut Mursyidul Am, Datuk Hashim Jasin.

Katanya,  PAS itu akan memastikan tiada pertembungan antara bekas Ahli Parlimen Ketereh itu dengan anaknya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ketereh, Afiq Amani.

Bagaimanapun, Hashim memaklumkan keputusan sama ada Annuar dibenarkan bertanding mewakili PAS dalam Pilihan Raya Negeri, (PRN) pada 12 Ogos depan, hanya akan diputuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS.

“Apa yang saya boleh sahkan hari ini adalah nama Annuar ada dalam senarai calon yang dikemukakan kepada Majlis Syura baru-baru ini.

“Namun sama ada beliau boleh bertanding di bawah tiket PAS bergantung kepada keputusan yang akan dibuat oleh Majlis Syura,” katanya.

Loading...
Terkini