comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] Tun Dr Mahathir bukan calon pilihan PAS di PRK Kemaman

 

Oleh: Juliana Sharin

SHAH ALAM: PAS tidak akan mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon mewakili parti itu di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, 2 Disember depan.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, untuk mencalonkan bekas Perdana Menteri itu adalah satu yang tidak munasabah.

“Tidak munasabah (calonkan Tun Dr Mahathir), kalau nak timbulkan biar munasabah,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS kali ke-69, hari ini.

Tan Sri Abdul Hadi berkata demikian mengulas laporan yang mendakwa PAS berkemungkinan meletakkan Tun Dr Mahathir sebagai calon pada PRK Kemaman.

Ditanya samada parti itu sudah mempunyai calon, Tan Sri Abdul Hadi berkata, ia masih di peringkat perbincangan.

PAS tidak akan mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon mewakili parti itu di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman

“(Calon PRK kemaman masih) Dalam proses perbincangan,” katanya.

Pada PRU15 lalu, Che Alias menang dengan majoriti 27,179 undi dalam pertembungan empat penjuru yang turut melibatkan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dari Barisan Nasional (BN).

Namun kemenangan Che Alias dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu selepas pempetisyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen pilihan raya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini