comscore
Tumpuan :
Politik

PRN: Senarai calon PN ada kejutan – Abdul Hadi

KOTA BHARU : Desas-desus nama bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz digugurkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti terus menjadi tanda tanya.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang juga malam tadi, enggan mengulas dan hanya meminta semua pihak menunggu sehingga hari penamaan calon.

“Tunggu hari penamaan calon sama ada nama beliau (Nik Mohamad Abduh) naik atau tidak, akan ada kejutan insya Allah.

“Tokoh daripada UMNO pun insya Allah ada,” katanya  .

Terdahulu, Abdul Hadi merasmikan Jentera Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Peringkat Kelantan di sini, yang turut dihadiri Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Mengenai calon Menteri Besar di enam negeri nanti, Abdul Hadi berkata, perkara itu tidak dibincangkan.

“Tokoh Menteri Besar kita tidak bincang pun lagi, tunggu kita menang dulu, baru kita bincang,” katanya.

Loading...
Terkini