comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Bilik gerakan BN Arau dibuka semula

Calon BN Parlimen Arau Datuk Rozabil Abdul Rahman

Oleh Amira Suraini Che Mohamad

ARAU: Semua Bilik Gerakan BN di Kawasan Parlimen Arau dibuka semula selepas ditutup sejak tiga hari lalu oleh penyandangnya, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Perkara itu disahkan oleh Calon BN di Parlimen Arau, Datuk Rozabil Abdul Rahman ketika dihubungi Buletin TV3 tadi.

“Semua (bilik gerakan) buka balik. Sekarang ini ada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tengah mesyuarat untuk buka, petang ni saya akan jumpa dengan dua DUN lagi.

“Semua 136 cawangan sudah buka balik Bilik Gerakan dan kita nampak boleh berjaya, Insya-ALLAH,”

Menurutnya, BN berkeyakinan tinggi mampu mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Arau pada PRU-15.

“Keyakinan tetap ada, kita bekerja dulu. Matlamat kita nak bekerja dan tarik seramai mungkin pengundi di Arau. Selebihnya kita serah kepada ALLAH,”

Sebelum ini, Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menerusi hantaran di Facebook memaklumkan semua Bilik Gerakan BN Parlimen Arau ditutup dan bendera turut diturunkan.

Tindakan Shahidan itu dipercayai merajuk selepas tidak dicalonkan semula oleh BN untuk bertanding di kerusi Parlimen Arau pada PRU-15.

Loading...
Terkini