comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] PRU-15: Pertandingan lima penjuru di DUN Tioman

Oleh Fazli Ahmad

ROMPIN: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi kerusi N42 Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman menyaksikan pertembungan lima Penjuru.

Pertandingan membabitkan empat calon yang disahkan layak bertanding 19 November lalu serta calon baharu mewakili Parikatan Nasional (PN) iaitu Nor Idayu Hashim.

Pengumuman lima calon terbabit diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya N42, Datuk Ahmad Nasim Mohd Sidek tepat jam 11 pagi tadi.

Nor Idayu, 35, dicalonkan PN mengantikan Allahyarham Mohd Yunus Ramli yang meninggal dunia 19 November lalu.

Calon lain membabitkan penyandang DUN Tioman Datuk Seri Johari Hussain mewakili Barisan Nasional (BN), Sulaiman Bakar (Bebas), Osman A. Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly dari Pakatan Harapan (PH)

Datuk Seri Mohd Johari menyandang kerusi DUN Tioman Sejak 2008 dan pada PRU-14 beliau menang dengan majoriti 1,280 undi dalam pertandingan empat penjuru.

DUN Tioman mempunyai 28,465 pengundi termasuk 262 pengundi awal dan tiga pengundi pos.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 3 Disember untuk undi awal dan pengundian pula 7 Disember.

Kerusi DUN Tioman turut menjadi tumpuan selepas keputusan PRU-15 lalu menyaksikan kerajaan negeri tergantung kerana tiada parti bertanding mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Pada PRU-15 Sabtu lalu, BN memenangi 16 kerusi, PN 17 kerusi dan PH lapan kerusi.

DUN Tioman terletak dalam Parlimen Rompin.

Loading...
Terkini