comscore
Tumpuan :
Politik

BN-PH perkenal calon PRN Kedah atas pentas sama sebelum penamaan calon – Mahdzir

Pengerusi Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid

Oleh: Kumaran Rajamoney

PADANG TERAP: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan memperkenalkan calon mereka bagi pilihan raya negeri (PRN) Kedah di atas pentas yang sama sebelum penamaan calon.

Pengerusi Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid memaklumkan pada majlis itu, PH-BN akan turut melancarkan manifesto bersama bagi membawa tawaran pentadbiran gabungan kedua-dua parti itu.

“Lebih 20 DUN tidak akan ditandingi oleh BN kali ini dan akan memerlukan kita meyakinkan pengundi untuk mengundi parti sahabat dalam kerajaan perpaduan,” katanya.

Beliau mengakui usaha itu tidak mudah namun usaha menyakinkan pengundi akan dilakukan kepimpinan parti di semua peringkat.

Dalam masa sama, Mahdzir mengingatkan pengundi untuk tidak terbawa-bawa dengan gelombang yang cuba dicetuskan oleh parti lawan.

“Rakyat sudah tentu mahukan kerajaan yang mantap, progresif dan dinamik dalam menghasilkan keputusan yang menguntungkan rakyat. Keutamaan juga adalah kepada pembentukan kerajaan yang majmuk, tambahnya.

Mahdzir berkata demikian ketika ditemui di Pejabat UMNO Padang Terap, di sini hari ini.

Loading...
Terkini