comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] PRU-15: Tidak hirau dilabel calon ‘kayangan’, nasib rakyat jadi fokus – Zafrul

Oleh Juliana Pja Ismail

KUALA SELANGOR: Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz enggan menghiraukan sentimen segelintir rakyat yang menganggapnya sebagai calon ‘kayangan’ pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menteri Kewangan itu menegaskan beliau akan memberi tumpuan kepada nasib rakyat dan bajet yang dibentangkan dan diluluskan di parlimen pada masa lalu membuktikan kerajaan mengutamakan rakyat.

“Satu sahaja komen saya, bacalah Bajet 2020, 2021 dan 2022. Lihatlah apa yang kerajaan melalui Kementerian Kewangan dan agensi berkaitan telah lakukan. Baca juga ucapan kita untuk Bajet 2023 yang menunjukkan keprihatinan kita kepada rakyat”,  katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 di Kuala Selangor.

Datuk Seri Tengku Zafrul yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) akan bertanding buat kali pertama pada PRU-15 di kerusi Parlimen Kuala Selangor.

Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz
Loading...
Terkini