comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] PRU Padang Serai: Calon PH komited untuk terus berkempen secara berhemah

Calon PH, Dr Mohamad Sofee Razak.

Oleh Kumaran Rajamoney

PADANG SERAI: Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Padang Serai, Dr Mohamad Sofee Razak mahu kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Parlimen Padang Serai dijalankan dalam keadaan yang berhemah.

Tidak menghentam calon dari parti lawan, Dr Sofee bagaimanapun kecewa kerana parti lawan iaitu Perikatan Nasional (PN) khususnya dilihat berkempen dengan melakukan serangan peribadi, selain memainkan isu agama dan kaum.

“Calon Barisan Nasional (BN) dilihat turut mengekalkan cara kempen yang berhemah, tanpa sebarang unsur serangan kepada mana-mana pihak. Perkara ini berbeza dengan PN yang jelas menyerang peribadi pihak lawan, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.”

“Perkara seperti ini (serangan peribadi), tidak seharusnya berlaku. Kita kena tunjukkan teladan yang baik,” katanya ketika melakukan kempen ziarah di Taman Salad di sini, hari ini.

Bagaimanapun, penerangan kepada pengundi tetap akan dilakukan bagi menangkis segala dakwaan yang dibuat oleh PN.

“Memang ada beberapa perkara yang perlu dijawab antaranya isu perkauman dan agama. Bagaimana mereka menerapkan unsur dosa, pahala, neraka dan syurga.

“Saya mohon janganlah sampai ke peringkat begitu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Sofee mengakui pengundi berhadapan kesukaran untuk pulang mengundi pada 7 Disember ini kerana bukan pada hari cuti.

“Ianya satu cabaran kepada semua parti bertanding sebenarnya. Kita perlu bekerja kuat dalam menyakinkan pengundin turun mengundi.

“Kita mungkin melibat pengundi luar yang tidak dapat pulang untuk menjalankan tanggungjawab mereka. Saya harapkan mereka boleh balik,” katanya.

Loading...
Terkini