comscore
Tumpuan :
Politik

PRU15: Ismail Sabri kekal di Bera 5 penggal berturut-turut

BERA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Bera dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Naib Presiden UMNO itu menang dengan majoriti 16,695 undi mengatasi lawan masing-masing dari PH dan PN.

Jumlah undi yang diperoleh beliau adalah sebanyak 31,762 manakala PH yang diwakili Abas Awang hanya mendapat 15,067 undi.

PN yang diwakili Asmawi Harun pula sekadar mendapat 12,719 undi.

Keputusan itu menyaksikan Ismail Sabri berjaya mengekalkan kemenangan di kerusi berkenaan untuk lima penggal berturut.

Proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera.

Loading...
Terkini