comscore
Tumpuan :
Politik

Rombakan Kabinet Kerajaan Negeri Sabah akan diumum tidak lama lagi – Hajiji

| Oleh Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Rombakan Kabinet Kerajaan Negeri Sabah akan dibuat dalam masa terdekat.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Perincian mengenainya juga akan didedahkan tidak lama lagi.

Ia menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Media dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Sabah, di sini, hari ini.

“Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengumumkan hari ini bahawa akan ada rombakan Kabinet Negeri.

Beliau berkata butiran akan didedahkan tidak lama lagi.” katanya dalam kenyataan berkenaan.

Rombakan kabinet itu dipercayai susulan cubaan ‘rampasan kuasa’ yang didakwa didalangi oleh Parti Warisan (WARISAN) dan sebahagian pimpinan Barisan Nasional (BN) Sabah yang gagal dibentuk semalam.

Menurut sumber rombakan itu dijangka menyaksikan beberapa ahli kabinet BN digugurkan daripada jawatan dan digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pakatan Harapan (PH) Sabah.

Nama-nama yang turut disebut-disebut akan digugurkan antaranya Timbalan Ketua Menteri satu Sabah merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Menteri Pelancongan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Jafry Ariffin.

Loading...
Terkini