comscore
Tumpuan :
Politik

Tarikh PRU Secara Automatik Lebih Praktikal – Penganalisis

Oleh Salina Zakaria

PETALING JAYA: Penetapan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) secara automatik selepas genap mandat lima tahun wajar dilaksanakan kerana lebih praktikal dan memudahkan semua pihak.

Penganalisis politik yang juga Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia, (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata cadangan sistem baharu itu perlu dilaksanakan lebih serius dan mendapat sokongan dalam kalangan pemimpin parti politik di negara ini.

“Pandangan agar tempoh PRU dapat ditentukan lebih awal amat wajar, agar semua pihak mampu bersedia daripada pelbagai segi. Rakyat pula berkemampuan menilai prestasi kerajaan sedia ada dalam tempoh lima tahun.

“Masyarakat selaku pengundi yang akan menentukan kerajaan baharu juga sedia mengelakkan risiko-risiko lain tidak diingini, ketika tempoh PRU berlangsung,” katanya.

Beliau turut memberi contoh beberapa negara yang telah mengadakan sistem PRU ‘automatik’ ini.

“Sebagaimana di Amerika Syarikat ditetapkan tarikh pilihan raya mengikut tempoh tertentu bagi kerajaan, begitu juga dilaksanakan oleh kerajaan Australia sekiranya 5 tahun, maka tempoh pilihanraya tetap diadakan dan ia mudah bagi negeri-negeri terlibat.

“Langkah ini akan memberi peluang kepada satu-satu parti politik bersiap sedia berasaskan tarikh ditetapkan lebih awal dan berterusan setiap tempoh lima tahun. Justeru rakyat dapat menilai dan meninjau dasar-dasar dan menifesto calon parti pada setiap pilihanraya,” jelas beliau.

FOTO: Berita Harian

Penganalisis Politik, Ibrahim Suffian pula berpendapat rakyat Malaysia dapat menerima dengan baik sekiranya PRU secara ‘automatik’ kerana dapat membantu merancang masa dana ianya lebih praktikal.

” Di Malaysia budaya politik kita amat cergas dan sihat kerana ramai menyertai proses politik sama ada sebagai petugas parti atau membantu dalam kerja-kerja pilihanraya,” katanya kepada Tv3.

Beliau menjelaskan dengan adanya penetapan tarikh ditetapkan, rakyat boleh merancang masa dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Manakala parti-parti politik boleh merancang strategi dengan teratur dalam memastikan pilihanraya berjalan dengan kos serendah mungkin.

Katanya proses meraih sokongan pengundi juga tidak mengundang gimik-gimik luar biasa.

Manakala di peringkat parti politik, dan pemimpin parti kerja-kerja mereka juga mampu direncana lebih baik.

Warga Malaysia yang tinggal di luar negara pula, boleh merancang pulang awal ke kampung halaman bagi mengundi calon pilihan.

Semalam Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berpandangan penetapan tarikh PRU selepas genap mandat sesebuah kerajaan lebih praktikal sekiranya mahu dilaksanakan di negara ini.

Sistem sama ujarnya sudah digunapakai berdekad lamanya di Amerika Syarikat, (AS), Australia, Norway dan Hong Kong.

Sekiranya sistem ini digunakan ia akan membantu dalam memudahkan urusan berkaitan perjalanan pilihan raya negara, selain menjimatkan

Loading...
Terkini