comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Nahas Sabah Air: Tindakan kerajaan menyahklasifikasikan laporan akhir langkah tepat dan berani

Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

PETALING JAYA: Keputusan kerajaan untuk menyahklasifikasikan laporan akhir siasatan nahas udara membabitkan pesawat Sabah Air pada 6 Jun 1976 merupakan langkah tepat dan berani.

Penganalisis Politik, Datuk Dr Jeniri Amir berkata tragedi terbabit menimbulkan beberapa teori termasuk unsur sabotaj dan konspirasi politik

“Bagi saya adalah menjadi hak waris dan juga keluarga terbabit yang terkorban di Kota Kinabalu itu, untuk mengetahui punca dan sebab sebenarnya berlaku kejadian itu.

“Adakah ada sabotaj atau adakah faktor politik disebalikanya berlakunya tragedi itu,” katanya.

Beliau berkata demikian secara eksklusif kepada Buletin TV3 ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya lagi tragedi itu menjadi lebih misteri apabila laporan syarikat pembuat pesawat terbabit melalui penyiasatannya menunjukkan bahawa kejadian itu tiada kaitan dengan masalah teknikal.

“Keputusan yang dibuat kerajaan menggambarkan sifat keterbukaan serta ketelusan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hari ini kerajaan bersetuju menyahklasifikasikan siasatan nahas pesawat Sabah air yang berlaku pada 6 Jun 1976.

Datuk Seri Anwar berkata Kementerian Pengangkutan akan mengeluarkan laporan itu selepas mengambil kira pandangan rakyat terutamanya di sabah setelah bertahun-tahun.

Loading...
Terkini