comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] Tiga nama calon MB dipersembah kepada Sultan Kelantan hari ini

 

KOTA BHARU: Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata senarai tiga nama yang dicalonkan sebagai Menteri Besar akan dipersembahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, hari ini.

Ahmad berkata semua nama berkenaan sudah mendapat persetujuan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Senarai nama akan dipersembah kepada Sultan Kelantan esok (hari ini) sebelum majlis angkat sumpah pada Selasa ini, jam 3 petang.

“Siapa tiga calon berkenaan kita tidak boleh dedahkan, kena tunggu Selasa ini,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat berkenaan di JKR 10, di sini, semalam.

Semalam, Ahmad memaklumkan akan menghantar tiga nama calon Menteri Besar baharu kepada Abdul Hadi sebelum dipersembah kepada Sultan Kelantan.

Semasa pilihan raya negeri (PRN) pada Sabtu lalu, PAS Kelantan mengekalkan kerajaan selepas memenangi 43 daripada keseluruhan 45 kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Dua kerusi lagi dimenangi masing-masing satu oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Loading...
Terkini