comscore
Tumpuan :
Nasional

UMNO perlu kekal bersatu, hentikan semua perbalahan – Johari

 

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani

PUTRAJAYA: Semua pemimpin dan ahli UMNO perlu merapatkan barisan kerana parti utama Barisan Nasional (BN) tidak lagi mampu berpecah, kata Naib Presidennya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Katanya, tidak logik untuk UMNO boleh kehilangan kerusi kepada parti yang lebih kecil susulan prestasi yang ditunjukkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

“Ada kluster mahkamah, ada kluster Putrajaya atau kluster PWTC. Kita sudah nampak kesannya, apabila ada pelbagai kluster di antara kita.

“Ini kerana (kita) berdepan isu dalam parti itu sendiri,” katanya dalam wawancara bersama sebuah portal tempatan seperti dilaporkan FMT.

Katanya, UMNO tidak boleh ada pemimpin yang ‘membalun’ antara satu sama lain secara terbuka kerana ia hanya menggambarkan bahawa parti itu sentiasa bergolak.

“Apabila pemimpin diserang, penyokong mereka akan marah, ini akhirnya menjejaskan parti dan perkara seperti ini perlu dielakkan.

“Kita perlu kekal bersatu dan menjaga satu sama lain. Mari kita selesaikan sebarang rasa tidak puas hati dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) atau Biro Politik parti,” katanya.

Justeru, beliau menggesa semua perbalahan dihentikan supaya UMNO dapat berusaha kembali meraih sokongan rakyat dan mendapatkan semula kerusi yang hilang.

Katanya, seruan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu ‘maafkan, lupakan dan bina semula UMNO perlu disahut semua.

“Pemilihan parti sudah berakhir dan kini tiba masanya untuk kita bersatu di bawah kepemimpinan sedia ada. Setia pemimpin ada kekuatan masing-masing dan untuk berjaya, ketepikan ego dan mari bergabung kekuatan,” katanya.

Loading...
Terkini