comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] UMNO Sabah dalam tempoh bertenang, tiada dilema – Zahid  

Oleh Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Tempoh bertenang dan tiada dilema, itu pendekatan situasi politik UMNO Sabah yang diambil ketika ini dalam menangani polemik atau kemelut politik di negeri itu, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Lima orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah sebelum ini yang menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor jelas Datuk Seri Ahmad Zahid perlu melalui lembaga disiplin UMNO.

“Kenapa 5 kenapa tidak 4? jadi kaedah penyelesaiannya mempunyai lembaga disiplin UMNO jadi proses mesti dilakukan oleh Lembaga Disiplin baru diserahkan kepada Majlis Tertinggi untuk melakukan keputusan” katanya pada sidang media di Bangunan UMNO Sabah selepas mempengerusikan mesyuarat bersama UMNO Sabah yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Sambil menyatakan tempoh bertenang itu adalah bersifat subjektif, hasilnya yang akan diketahui dalam masa yang singkat dan tuntas itu juga turut mengambil kira keterbukaan rakan-rakan kepimpinan UMNO Sabah terhadap kedinamikan politik yang berlaku di Sabah.

“Kita mengambil tempoh bertenang di dalam menangani polemik atau kemelut di Sabah ini dari segi politik untuk tempoh bertenang ini kami berpandangan tidak ada perkara atau isu yang boleh diselesaikan banyak yang kita ambil dan kaedah yang kita telah susun atur,”

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, dalam tempoh bertenang itu juga pendekatan UMNO ketika ini juga memberi keutamaan kepada agenda rakyat Sabah serta memberi pencerahan terhadap kekeliruan yang timbul.

“Namun kita faham penyelesaian perlu persefahaman dua hala BN dan UMNO rakan-rakan parti politik yang lain untuk itu di dalam hal ini pendekatan kita tentunya memberi keutamaan kepada agenda rakyat Sabah dan juga memberikan pencerahan terhadap kekeliruan yang ada.”

“Saya yakin bahawa keberadaan saya ini adalah merupakan satu petanda bahawa kepimpinan di peringkat pusat tidak pernah mengambil enteng atau mengambil ringan perkara-perkara yang berlaku di Sabah,”

Tambahnya beliau mengambil inisiatif menangani isu terbabit dalam masa terdekat supaya penyelesaian dapat dilakukan secarai tuntas dan dapat dicapai oleh kedua-dua pihak.

Justeru Datuk Seri Ahmad Zahid memohon mana-mana pihak agar tidak membuat sebarang interpretasi, spekulasi atau sebarang kenyataan bercanggah.

“Ini adalah mencari titik persamaan dalam kalangan kita mesti menyantuni titik perbezaan kita kerana semua pihak mahu penyelesaian tepat.”

“Saya yakin keikhlasan kejujuran sesama kita adalah garis utama dalam keadaan itu saya ingin semua pihak mencari penyelesaian terbaik secara tertutup dan cari penyelesaian dalam apa jua situasi sekalipun dan yakin dapat dilakukan dengan tuntas.” katanya lagi.

6 Januari lalu, UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengumumkan menarik sokongan kepada Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, sebagai Ketua Menteri.

11 Januari lalu, ADUN BN yang tidak menyokong Datuk Seri Bung Moktar telah dilantik dalam barisan Jemaah Kabinet Negeri iaitu Datuk Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat) yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya manakala, Datuk James Ratib (Sugut) dilantik
sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat.

Pada 13 Januari, Datuk Dr Yusof Yacob (ADUN BN-Sindumin) dilantik sebagai Pengerusi Bahagian Pelaburan Kerajaan Negeri, Qhazanah Sabah Bhd berkuat kuasa serta-merta menggantikan Datuk Seri Salleh Said Keruak (ADUN Usukan).

Manakala Khamis lalu, berlaku pertukaran portfolio yang membabitkan ADUN BN terdiri daripada Datuk Harun Durabi (ADUN BN-Bengkoka) sebagai Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (ADUN BN-Tanjung Batu) dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian.

Loading...
Terkini