comscore
Tumpuan :
Politik

UMNO sertai Kerajaan Perpaduan kerana mengutamakan Malaysia

Mohamad berucap ketika merasmikan Persidangan Sayap (Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO) sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. – Foto NSTP

Amirulhakim Lokman

KUALA LUMPUR : UMNO tidak menyertai Pakatan Harapan (PH) atau membelakangkan Perikatan Nasional (PN) ketika bersetuju untuk menyertai Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, keputusan itu adalah kerana UMNO memilih untuk mengutamakan Malaysia.

Jelasnya, kepimpinan parti berpandangan bahawa penyertaan UMNO dalam kerajaan itu adalah jalan terbaik kerana ia memberikan parti itu peranan yang unik dan strategik.

“Apa lagi, bila PN telah dari awal lagi, tidak mahu bekerjasama dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan, maka UMNO berada dalam kedudukan strategik untuk memainkan peranan yang lebih penting dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan.” katanya berucap semasa merasmikan Persidangan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022.

“Seperkara lagi, kenapa kita menyertai Kerajaan Perpaduan adalah, kerana kita mempunyai pengalaman bekerja dengan PN dalam kerajaan sebelum ini. Kita mendapati, adalah sangat sukar bekerjasama dengan parti yang kewujudan dan perjuangannya ialah menghapuskan UMNO, untuk selama-lamanya,” ujarnya.

Tambah beliau, UMNO sangat menyedari bukanlah perkara yang mudah untuk menjadi pembangkang dan dengan pengalaman terbatas sebagai pembangkang, UMNO mungkin akan terus melemah jika berada di luar kerajaan.

Tegasnya lagi, pengalaman bekerjasama dengan Pas juga mengajar UMNO, malah beliau menyifatkan parti itu tidak pernah setia atau ikhlas.

Loading...
Terkini