comscore
Tumpuan :
Politik

Usaha perkukuh Kerajaan Perpaduan-TPM

Oleh: Kadir Edison

KAPIT: Kesudian Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta 19 Presiden parti komponen untuk turut menghadiri Perhimpunan Agong UMNO pada 7 Jun ini menjadi petanda baik pengukuhan hubungan setiap parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesudian itu turut memperlihatkan sifat kebersamaan setiap komponen kerajaan untuk memperkasakan hubungan, kerjasama dan struktur dalam kerajaan.

“Kita sedang berusaha untuk  terus memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan ini dan kita sedang mengatur supaya Kerajaan Perpaduan ini lebih berstruktur bentuk kerjasamanya.

” Ini kerana kita telah bersama-sama sekurang-kurangnya setakat ini tiga kali mesyuarat seketariat kepimpinan Kerajaan Perpaduan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Richard Engking di Kapit.

Datuk Seri Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, Sarawak yang menyumbang 23 kerusi Parlimen telah membantu dalam mengukuhkan kerajaan perpaduan, sekaligus membolehkan kerajaan memperoleh dua pertiga majoriti dalam Dewan Rakyat.

Justeru kehadiran Premier Sarawak serta 19 Presiden Parti dalam Kerajaan Perpaduan adalah penghargaan besar kepada Barisan Nasional BN dan UMNO, sekaligus memberi mesej jelas kestabilan hubungan dalam kerajaan.

Tambah Datuk Seri Ahmad Zahid, Pilihan Raya Negeri di enam negeri dalam masa terdekat ini juga menjadi medan pengukuhan kerjasama terbabit.

Malah beliau berharap kerjasama itu akan dapat memberikan kelebihan kepada Kerajaan Perpaduan untuk memperooleh kemenangan di negeri-negeri terlibat.

Loading...
Terkini