comscore
Tumpuan :
Sukan

ASTAF iktiraf pegawai teknikal sepak takraw Malaysia

Foto: ASTAF

KUALA LUMPUR: Kewibaan lima pegawai dari Malaysia mendapat pengiktirafan dari Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) apabila mereka dilantik sebagai pegawai teknikal antarabangsa (ITO) di Sukan Asia Hangzhou 2022 bermula 22 September hingga 8 Oktober ini.

Presiden ASTAF, Datuk Abdul Halim Kader memaklumkan pelantikan ITO berkenaan berdasarkan kepakaran dan pengalaman luas mereka dalam aspek teknikal sepak takraw di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Lima individu yang dilantik ialah Syed Azmir Syed Ahmad (Perlis), Mohd Zubir Muhamad Shari (Selangor), Abdul Aziz Che Yaakob (Pulau Pinang), Ghazali Marali (Perak) dan Mohd Zamri Abdul Razak (Negeri Sembilan).

Difahamkan, kesemua pegawai teknikal antarabangsa akan diberikan kemudahan penginapan bertaraf enam bintang di Hotel JW Marriot Jinhua, tiket penerbangan pergi dan balik serta elaun bertugas berjumlah  RM 7500 sepanjang temasya berlangsung.

“ASTAF amat yakin mereka mampu untuk menggalas dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan jayanya,” ujar Datuk Abdul Halim.

Tambah beliau, pelantikan ITO itu merupakan satu pengiktirafan amat tinggi kepada Malaysia, apabila Thailand hanya empat pegawai dilantik meskipun negara gajah putih itu adalah kuasa besar sepak takraw dunia.

Loading...
Terkini