comscore
Tumpuan :
Sukan

AUG 2024: Skuad futsal lelaki tempah slot ke perlawanan akhir

SURABAYA: Skuad futsal lelaki negara mengejutkan juara bertahan Thailand untuk menempah slot ke perlawanan akhir Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 di Gelora Olahraga Rakyat (GOR) Futsal Universitas Negeri Surabaya (UNESA).

Ia selepas skuad negara memperoleh kemenangan 5-4 pada penentuan sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat seri 4-4 pada masa sebenar.

Pemain negara Zulkifli Abu Hassan Zali mencipta jaringan awal pada pada minit keenam dan 16, diikuti oleh Muhammad Arif Roslan (ke-31) dan Muhammad Syarifuddin Md Akhir (ke-34).

Jaringan penentuan melalui sepakan penalti pula disempurnakan Muhammad Aidil Izwan Mazlan, Muhammad Bukhari Samsudin, Muhammad Syarifuddin, Zulkifli dan Muhammad Haritu Azami.

Skuad kendalian Addy Shairullyzam dijadual bertemu sama ada Timor Leste atau tuan rumah Indonesia yang bakal membuat perhitungan dalam satu lagi perlawanan separuh akhir petang ini – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini