comscore
Tumpuan :
Sukan

AUG 2024: Skuad petanque catat rekod raih emas pertama dalam temasya

Skuad petanque campuran negara meraikan kejayaan memenangi emas. – Foto Sukan KPT

SURABAYA: Skuad petanque menjadi penyelamat kontinjen negara pada hari keempat Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 selepas meraih pingat emas menerusi kategori triple campuran, petang tadi.

Pada aksi di Gelanggang Petanque Universitas Negeri Surabaya (UNESA), trio negara dibarisi Nur Asyikin Roslan, Sharifah Afiqah Farzana Syed Ali dan Mohamad Muqri Arif Mohamad Sapiny menewaskan trio Thailand dibarisi Thirawut Khamchan, Khwandee Panin dan Thidathip Inkan.

Selepas cemerlang menyingkirkan Laos 11-5 pada aksi separuh akhir, mereka berdepan Thailand yang mengecewakan hasrat tuan rumah, Indonesia 9-3.

Pada aksi final, trio negara nyata sukar digugat dalam pemburuan pingat emas apabila menoktahkan kemenangan dengan keputusan 13-5.

Ini adalah emas pertama dari skuad petanque pada temasya AUG kali ini selepas sekadar menyumbang dua gangsa sebelum ini.

Dua pingat gangsa itu menerusi kategori triple lelaki (Muhammad Muqri, Muhammad Fakhrul Hadi Azley dan Syed Afiq Fakhri Syed Ali) dan triple wanita (Nur Nisa Nadhirah Mohd Tirmeezy, Nur Asyikin dan Sharifah Afiqah Farzana).

Sementara itu, skuad renang negara lesu untuk meneruskan rentak cemerlang apabila gagal membutirkan sebarang pingat emas di kolam renang Komite Olahraga Nasional Indonesia (KONI) Jawa Timur, petang tadi.

Hari keempat acara renang menyaksikan skuad negara sekadar menokok tiga perak dan tiga gangsa – selepas tujuh emas, tiga perak dan lapan gangsa dihasilkan dalam tiga hari sebelum ini.

Terence Ng Shin Jian dan Tan Khai Xin masing-masing merangkul perak dan gangsa dalam acara 200m gaya bebas lelaki.

Hii Puong Wei pula memenangi perak dalam 200m rampaian individu lelaki dan 100m kuak dada lelaki selain satu lagi perak dalam 4x100m gaya bebas lelaki.

Christy Teh Xing Ti pula menyumbang gangsa dalam acara 200m rampaian individu wanita.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini