comscore
Tumpuan :
Sukan

Ayuh ke Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini !

Foto: FAM

PETALING JAYA: Bukan sahaja Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon mengharapkan penyokong ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 skuad kebangsaan menentang Kyrgyzstan   9.00 malam ini, malah semua  berkongsi perasaan sama.

Mereka mahu penyokong bersama  Harimau Malaya untuk sama-sama meniti cabaran getir saingan Kumpulan D ini.

Sehingga jam 3.30 petang tadi sebanyak 13,430 tiket telah dijual.

Harga tiket yang ditetapkan bagi perlawanan malam ini  ialah RM40 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak 6-12 tahun) bagi Kategori Terbuka; RM60 bagi Kategori Grandstand dan RM80 bagi Kategori Premium.

Untuk rekod Stadium Nasional Bukit Jalil mampu memuatkan 85 ribu penonton.

Loading...
Terkini