comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PM tinjau Program Setahun Bersama Kerajaan Madani

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa meninjau Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Perdana Menteri yang tiba kira-kira jam 11.30 pagi disambut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil serta Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Beliau kemudian berkunjung ke reruai beberapa kementerian termasuk Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI diadakan selama tiga hari bermula semalam dengan acara kemuncaknya adalah majlis perasmian penutupan yang dijadual disempurnakan oleh Perdana Menteri, esok.

Program itu bertujuan untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar dan inisiatif baharu setiap kementerian kepada rakyat di samping meningkatkan kesedaran umum dan kefahaman terhadap hala tuju kerajaan bagi membina kepercayaan serta keyakinan antara kerajaan dengan rakyat, melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala. – BERNAMA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini