comscore
Tumpuan :
Sukan

BAC 2024: Zii Jia mara ke pusingan kedua

Pemain perseorangan lelaki negara. Lee Zii Jia. Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia melepasi halangan pertama di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 yang berlangsung di Ningbo, China, hari ini.

Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan kelapan kejohanan mudah mengenepikan pemain India, Priyanshu Rajawat dengan straight set 21-9, 21-13 dalam tempoh 39 minit sekali gus mencatat kemenangan pertama dalam pertemuan sulung antara kedua pemain berkenaan.

Di pusingan kedua nanti, Zii Jia yang berada diranking ke-11 dunia dijadual bertemu pemain dari Taiwan, Chou Tien Chen yang sebelum itu memperoleh kemenangan percuma apabila wakil tuan rumah, Weng Hong Yang menarik diri selepas set pertama berkesudahan dengan kekalahan 16-21.

Atas kertas, pertembungan Zii Jia dan Tien Chen yang juga pemain diranking ke-15 dunia adalah yang kesembilan dengan rekod kemenangan memihak kepada wakil Taiwan itu, 5-3.

Kali terakhir kedua-dua pemain itu pernah bertemu adalah di saingan peringkat Kumpulan C Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China dengan kemenangan berpihak kepada Zii Jia, 21-14, 23-21.

Untuk rekod, Zii Jia pernah muncul juara di BAC 2022 yang berlangsung di Manila, Filipina dan pada ketika itu, pemain berusia 26 tahun itu menewaskan lawannya dari Indonesia, Jonatan Christie 21-17, 23-21 di pentas final.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini