comscore
Tumpuan :
Sukan

BADMINTON: Pearly/ Thinaah roboh kekebalan tembok China, mara ke separuh akhir Masters Indonesia

Foto: Facebook BAM

JAKARTA: Bukan selalu beregu wanita Malaysia dapat mengalahkan kuasa besar dunia China tetapi ia berjaya dilakukan hari ini di Masters Indonesia oleh Pearly Tan/ M. Thinaah.

Beregu kebangsaan itu mengatasi Li Wen Mei/ Liu Xuan Xuan di peringkat suku akhir sekaligus meneruskan langkahan ke fasa empat terbaik di Jakarta.

Pearly/ Thinaah menyesuaikan diri dengan permainan sejak mula membolehkan mereka sentiasa berada di hadapan sebelum merakam kemenangan awal 21-10.

Wen Mei/ Xuan Xuan sering diasak aksi bertenaga pemain negara itu di set kedua sekaligus meletakkan mereka di dalam keadaan tertekan.

Ia nyata hari yang mantap buat Pearly/ Thinaah menerusi pukulan-pukulan yang memerangkap dan menenggelamkan cabaran lawan.

Keyakinan tinggi itu disudahkan kedua-duanya dengan keputusan 21-12 dan membawa mereka ke separuh akhir Masters Indonesia.

Ia merupakan kemenangan pertama Pearly/ Thinaah ke atas pasangan China dalam tempoh enam bulan selepas turut menewaskan Xuan Xuan yang bergandingan dengan Xia Yu Ting di pusingan pertama Terbuka Malaysia 2022.

Loading...
Terkini