comscore
Tumpuan :
Sukan

Badminton: Tze Yong singkir bekas juara dunia

 

Tze Yong membalas pukulan Kean Yew dalam perlawanan pusingan pertama Terbuka Jepun di Tokyo hari ini. Foto AFP

TOKYO: Kekalahan tipis Ng Tze Yong di tangan Loh Kean Yew di peringkat suku akhir Terbuka Korea Selatan minggu lalu berjaya ditebus sebaiknya hari ini.

Pemain berusia 23 tahun itu sekali lagi berjumpa dengan bekas juara dunia 2021 di pusingan pertama Terbuka Jepun dan membalas dendam dengan kemenangan.

Tze Yong menyingkirkan pemain pilihan ketujuh kejohanan itu di Yoyogi National Gymnasium, menerusi keputusan straight set.

Beliau mengimbangi permainan set pertama dengan baik membolehkannya menang set pertama 21-16.

Kean Yew cuba bangkit selepas itu tetapi dihalang Tze Yong yang terus fokus mencapai mata kemenangan 21-17 dan menempah tempat di pusingan kedua esok menerusi permainan selama 41 minit.

Lawan menantinya ialah pemenang diantara dua wakil tuan rumah Kento Momota yang menentang Koki Watanabe hari ini.

Loading...
Terkini