comscore
Tumpuan :
Sukan

Tze Yong jumpa Axelsen di pusingan kedua

Foto: BAM

PETALING JAYA: Tugas getir menanti perseorangan negara  Ng Tze Yong  apabila dijadual menentang pemain nombor satu dunia, juga pilihan pertama Viktor Axelsen dari Denmark pada pusingan kedua Badminton Masters Jepun esok.

Tze Yong meneruskan kemaraan  selepas menewaskan pemain Taiwan,  Wang Tzu Wei 21-12, 21-11, pada pusingan pertama hari ini.

Axelsen juga mudah ke pusingan kedua selepas mengenepikan cabaran pemain Indonesia, Chico Aura Dwi Wardoyo 21-11, 21-7.

Rekod pertemuan kedua-dua pemain, Tze Yong dan Axelsen cuma pernah sekali bertemu iaitu  pada pusingan kedua All England 2023.

Perlawanan itu menyaksikan Tze Yong mencipta kejutan mengalahkan Axelsen 21-19, 9-21, 23-21.

Turut membawa cabaran perseorangan negara pada Masters Jepun, Lee Zii Jia yang memulakan cabaran menentang pemain Denmark, Anders Antonsen, pada pusingan pertama hari ini.

Loading...
Terkini