comscore
Tumpuan :
Sukan

Bagnaia mula dengan gaya, takluk perlumbaan di Portimao

Pelumba MotoGP Itali, Francesco Bagnaia (tengah) dari Ducati Lenovo Team, pelumba MotoGP Sepanyol Maverick Vinales (kiri) dari Aprilia Racing dan pelumba MotoGP Itali Marco Bezzecchi dari Mooney VR46 Racing Team meraikan kemenangan di atas podium selepas perlumbaan MotoGP di Grand Prix Motosikal Portugal di litar perlumbaan Antarabangsa Algarve, Portimao, Portugal. – Foto EPA

PORTIMAO – Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia memulakan misi untuk mempertahanlan kejuaraan dunia MotoGP dengan langkah kanan apabila bergelar juara pada perlumbaan sulung musim 2023 di Portimao, Portugal.

Dan pastinya ia detik cukup mengujakan buat Bagnaia selepas turut mengungguli saingan ‘sprint’, acara baharu yang diperkenalkan dalam saingan MotoGP musim ini.

Miguel Oliveira menerima rawatan perubatan selepas terbabit kemalangan semasa perlumbaan dengan pelumba Repsol Honda Team, Marc Marquez. – Foto REUTERS

Bermula di petak kedua, Bagnaia memanfaat kesilapan pelumba Repsol Honda, Marc Marquez yang terbabit dalam kemalangan, dimana ia turut melibatkan pelumba pasukan CryptoData RNF, Miguel Oliviera, menyebabkan kedua-dua pelumba terkeluar dari persaingan.

Dan baki 23 pusingan seterusnya, penguasaan terus disajikan Bagnaia yang kekal konsisten dengan tunggangannya.

Bagnaia yang juga bintang Ducati membuktikan keunggulannya dengan mencecah garisan penamat di hadapan pelumba Aprilia, Maverick Vinales dalam saingan pembuka musim, sementara Marco Bezzecchi dari pasukan Mooney VR46 ketiga.

Ketika bekas juara dunia enam kali itu menunggu penalti-masa hujung minggu depan di Argentina, Bagnaia meninggalkan Portimao dengan 37 mata maksimum.

“Ini permulaan yang saya dan pasukan mahukan,” kata pelumba Itali itu kepada motogp.com.

“Kami perlu terus mengekalkan momentum ini.”

Loading...
Terkini