comscore
Tumpuan :
Sukan

Benzema Pemenang Ballon d’Or

Oleh Hazreen Mubarak

PARIS: Penyerang Real Madrid, Karim Benzema dinobat pemenang Ballon d’Or 2022 pada majlis yang berlangsung awal pagi tadi.

Dia muncul pemain Perancis kelima memenangi anugerah berprestij itu dan pada usia 34 tahun, Benzema muncul pemain tertua sejak Stanley Matthews pada 1956.

Benzema mengetepikan cabaran Sadio Mane, Robert Lewandowski dan Kevin De Bryune untuk menggondol anugerah tersebut.

Bintang Argentina, Lionel Messi langsung tidak tercalon pada 2022 manakala Cristiano Ronaldo menduduki tangga ke-20.

Benzema berada di kemuncak prestasi musim lalu apabila membantu Real Madrid menjuarai LaLiga dan Liga Juara-Juara Eropah.

Dia muncul penjaring terbanyak di kedua-dua kejohanan dengan 27 gol di Sepanyol dan 15 gol di eropah.

Berikut adalah senarai pemenang :

Pemain Terbaik (Lelaki) : Karim Benzema (Real Madrid)
Pemain Terbaik (Wanita) : Alexia Putellas (Barcelona)
Pemain Terbaik (B-21) : Gavi (Barcelona)
Penjaga Gol Terbaik : Thibaut Courtois (Real Madrid)
Penjaring Terbanyak : Robert Lewandowski (Barcelona)
Anugerah Socrates : Sadio Mane (Bayern Munich)
Kelab Terbaik : Manchester City

Loading...
Terkini