comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Hannah, Hamidin bincang perkembangan bola sepak negara

FOTO: Facebook/ FAM

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh hari ini mengadakan pertemuan bersama Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin bagi membincangkan mengenai perkembangan bola sepak negara.

Berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Facebook FAM, Hamidin berkata pertemuan itu juga turut membincangkan dengan lebih terperinci mengenai perkembangan terkini bola sepak wanita, futsal, bola sepak pantai serta pembangunan pengadil.

FOTO: Facebook/ FAM

Selain itu, perbincangan turut menyentuh mengenai pembangunan akar umbi bola sepak negara dan Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP).

Beliau berkata selain bola sepak, mereka turut bertukar input serta pandangan berkaitan sukan di Malaysia secara umumnya.

“YB (Yang Berhormat) Hannah bukan sahaja menunjukkan minat dalam bola sepak tetapi nampak begitu meminati sukan secara keseluruhannya.

“Beliau ingin mengetahui segalanya tentang bola sepak dan sedikit sebanyak sudah saya terangkan kepada beliau,” katanya.- BERNAMA

Loading...
Terkini