comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Liverpool sambar bintang Piala Dunia Belanda, Gakpo

FOTO: AP

EINDHOVEN: Pengurusan Liverpool nampaknya pantas membuat kerja apabila berjaya mendapatkan khidmat penyerang Belanda, Cody Gakpo.

Ia disahkan oleh kelab pemain itu PSV Eindhoven yang memaklumkan pemain sayap tersebut akan menyertai The Reds.

“PSV dan Liverpool FC sudah mencapai persetujuan perpindahan Cody Gakpo. Penyerang berusia 23 tahun itu akan berlepas ke England dalam masa terdekat, tertakluk kepada formalti yang diperlukan untuk melengkapkan perpindahan,” umum pasukan PSV Eindhoven yang bersaing di Eredivisie.

Gakpo menjadi prospek paling menyinar di Piala Dunia Qatar 2022 semasa menyarung jersi ‘Orange’ bulan lalu.

Beliau mengumpul tiga jaringan dalam lima perlawanan dari peringkat kumpulan hingga suku akhir sebelum mereka disingkirkan Argentina menerusi penentuan sepakan penalti.

Penyerang itu merekod 55 gol daripada 159 penampilan ditambah 6 jaringan semasa bersama pasukan kebangsaan.

Perpindahannya dijangka menjadi rekod pembelian kelab Merseyside itu sebaik semua proses selesai.

Penyertaan Gakpo menuruti rakan senegaranya Virgil van Dijk yang menjadi tonggak pertahanan dibawah bimbingan Jurgen Klopp. – AP

Loading...
Terkini