comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Pan Gon tuntut ilmu di London 

FOTO: FAM/ Facebook

KUALA LUMPUR: Selepas Sepanyol, London menjadi destinasi barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya menuntut ilmu dengan mereka menghabiskan tempoh seminggu di ibu kota England itu.

Delegasi barisan kejurulatihan yang diketuai Kim Pan Gon, bersama pembantunya, Pau Marti Vicente serta jurulatih penjaga gol, Cho Junho; jurulatih kecergasan, Jihyeon Park dan jurulatih analisis prestasi, Lim Jaehun meneruskan lawatan teknikal ke dua pasukan yang beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Mereka berpeluang menyaksikan sesi latihan pasukan West Ham United, melawat fasiliti latihan kelab berkenaan serta bertemu beberapa pegawai dan staf kejurulatihan kelab termasuk pengurus West Ham United, David Moyes.

Selain itu, mereka turut ke Brighton & Hove Albion bertemu bersama beberapa staf teknikal dan kejurulatihan kelab berkenaan.

Sepanjang berada di London juga, Pan Gon dan staf kejurulatihan berkesempatan menyaksikan dua perlawanan EPL membabitkan aksi West Ham bertemu Liverpool serta Brighton and Hove Albion menentang Wolverhampton Wanderers.Selepas perlawanan, Pan Gon bertemu penyerang kebangsaan Korea Selatan, Hwang Hee-chan yang beraksi bersama Wolverhampton Wanderers.

Barisan staf kejurulatihan Harimau Malaya itu selamat tiba di Kuala Lumpur, semalam.

Loading...
Terkini