comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Skuad Penyu bergembira atasi Red Giants dalam aksi suku akhir pertama

Mamut (tidak berbaju) meraikan jaringan pembukaan TFC semasa menentang Selangor FC di Gong Badak malam ini. – FOTO: NSTP

GONG BADAK: Terengganu FC mengakhiri tugasan awal suku akhir pertama Piala Malaysia dengan mantap apabila menumpaskan Selangor FC 2-0.

Kehadiran seramai 13,118 penyokong di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak ternyata menyajikan pertembungan sengit kedua-dua pasukan yang berbalas serangan mencemaskan sejak sepak mula.

Ancaman tuan rumah menuju rehat berakhir dengan sepakan penalti dihadiahkan oleh pengadil Fitri Maskon selepas Quentin Cheng mengasari lawan.

Ivan Mamut tidak mensia-siakan peluang keemasan di minit ke-45 untuk mengatasi Samuel Somerville yang banyak kali menyelamatkan keadaan sebelum itu.

Anak buah Tan Cheng Hoe beraksi dengan motivasi berbeza di separuh masa kedua membolehkan deretan lagi gerakan dihasilkan untuk menyamakan keadaan.

Keghairahan Red Giants naik ke atas dimanfaatkan barisan Tomislav Steinbruckner yang membuat serangan balas hinggalah Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim melambungkan bola kepada Muhammad Syahmi Zamri untuk menanduk masuk gol kedua pasukan pada masa kecederaan.

Skuad Penyu ceria membawa bekalan dua gol ke tempat lawan selepas ini, bererti tugas berat Selangor FC di halaman sendiri pada 24 September nanti sekiranya ingin merampas slot ke separuh akhir.

Loading...
Terkini