comscore
Tumpuan :
Sukan

Cheng Hoe Sedia Bimbing Pasukan Liga M

ALOR SETAR : Bekas pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sudah bersedia kembali aktif untuk membimbing pasukan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim depan.

Dalam masa sama, dia juga mengesahkan setakat ini masih belum terikat dengan mana-mana pasukan.

“Setakat ini saya, bila-bila masa sedia untuk berbincang dengan mana-mana pasukan yang berminat. Ini boleh dilakukan sekiranya mendapat persetujuan antara kedua-dua belah pihak.

“Saya sedia untuk kembali semula ke kancah bola sepak tempatan dan saya kini bersedia,” katanya ketika ditemui di Stadium Darul Aman di sini, semalam.

Beliau hadir bagi mewakili pasukan bekas pemain-pemain bola sepak Kedah atau Legend Kedah dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan Sinar Super Lawak yang dimenangi mereka, 2-1.

Sebelum ini tersebar laporan mengaitkan Cheng Hoe menjadi buruan beberapa pasukan Liga M bagi menghadapi saingan musim depan.

Sebelum membimbing pasukan kebangsaan, Cheng Hoe pernah membimbing Kedah antara 2014 hingga 2017. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini