comscore
Tumpuan :
Sukan

Copa America 2024: Brazil sekadar seri tanpa jaringan

Pemain tengah Brazil, Bruno Guimaraes (kiri) cuba memperdaya pemain lawan ketika bertemu Costa Rica di Stadium SoFi dekat Inglewood, California.-Foto: REUTERS

LOS ANGELES: Brazil terlepas banyak peluang berharga apabila diikat tanpa jaringan oleh Costa Rica pada aksi pembuka tirai mereka dalam saingan Kumpulan D Copa America, di sini, hari ini.

Brazil menguasai 75 peratus perlawanan di babak pertama dan satu gol mereka dinafikan kerana ofsaid tatkala mereka dilihat bergelut untuk memecahkan kubu pertahanan Costa Rica.

Penguasaan Brazil diteruskan pada babak kedua sebelum percubaan Lucas Paqueta menggegarkan tiang gol lawan menerusi rembatan jarak jauh pada minit ke-63.

Pemain Brazil, Lucas Paqueta mengawal bola pada aksi Copa America berdepan Costa Rica di Stadium SoFi dekat Inglewood, California.-Foto: REUTERS

Serangan terus berlanjutan menerusi percubaan Guilherme Arana namun rembatannya berjaya dinafikan penjaga gol Costa Rica, Patrick Sequeira.

Pengendali pasukan, Dorival Junior kemudian memasukkan pemain muda Savio dan Endrick pada minit ke-70 bagi memastikan Brazil memperoleh kemenangan namun dua percubaan Paqueta pada bakai 10 minit terakhir tersasar keluar.

Colombia mendahului Kumpulan D selepas meraih kemenangan 2-1 ke atas Paraguay, awal pagi tadi. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini