comscore
Tumpuan :
Sukan

COPA AMERIKA: Argentina pasukan pertama ke suku akhir

Aksi Argentina menentang Chile pada aksi Kumpulan A Copa Amerika di New Jersey pagi ini.-Foto: Reuters

NEW JERSEY: Lautaro Martinez sekali lagi membuktikan ketajaman tindakan penyudahnya apabila memastikan Argentina mara ke suku akhir Copa Amerika mengalahkan Chile 1-0 pada saingan Kumpulan A.

Ini kemenangan kedua berturut-turut Argentina selepas aksi pembukaan menewaskan Kanada 2-0 yang menyaksikan Martinez menyumbang satu gol.

Bagaimanapun berdepan Chile, Argentina selaku juara bertahan terpaksa menunggu sehingga minit ke-88 sebelum mencetak gol kemenangan.

Rembatan Giovani Lo Celso diselamatkan oleh penjaga gol Chile, Claudio Bravo selepas sepakan sudut Lionel Messi tetapi Martinez yang berada berdekatan itu merembat masuk bola muntah itu.

Gol tersebut disahkan selepas semakan VAR bahawa tiada pemain berada dalam keadaan ofsaid.

Argentina mendahului kumpulan dengan enam mata selepas dua perlawanan, dengan Kanada di tempat kedua, tiga mata selepas kemenangan 1-0 ke atas Peru.

Chile dan Peru masing-masing berkongsi satu mata.

“Perlawanan bola sentiasa seperti ini, kami perlu meneruskan dengan cara yang sama, melayan perlawanan supaya ia tidak menjadi rumit.

“Setiap sudut berada dalam keadaan sukar tetapi kami gembira bahawa pada penghujungnya kami meraih tiga mata, itulah yang kami mahu dapatkan,” kata Martinez

.Kekalahan itu melebarkan rekod tanpa kemenangan Chile menentang Argentina dalam Copa America kepada 30 perlawanan.

Chile memenangi Copa dua kali menyaksikan mereka menundukkan Argentina menerusi penentuan penalti pada final edisi 2015 dan 2016.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini